Total Pageviews

Saturday, February 26, 2011

Aiman di Zoo Melaka

Hai kawan-kawan, hari ini Aiman nak tunjukkan tempat yang paling keluarga Aiman suka pergi selepas shopping mall.  Apa lagi.. kalau bukan Zoo..Tiap-tiap tahun mama dan babah akan membawa Aiman ke Zoo walaupun dah berulang kali kami ke sana.  Ini gambar dari Zoo Melaka di Ayer Keroh.  Sini tempatnya sangat cozy untuk haiwan malah menjadi tempat pembiakan haiwan untk zoo-zoo di Malaysia.

Burung kakaktua yang menjadi idaman Babahku..
 Burung hantu yg kesunyian...
 Bukan pony ye,, tapi ... bonsai, kata budak jaga kuda ni.

Wallaby sedang berehat sakan, lepas makan..
  Hee tenuk ni, tido pulak siang-siang ni.. bangunle..
 Sekumpulan unggas yg tidak ku ketahui spesies nye..

Ni dipanggil lemur..dalam BM tak pasti pulak..

  Batman@ Kluang Man


Handsomenye kodomo
 Burung makan betik..

 Babun menunjukkan macho nye..


 Nak pisang...

Aiman tengok elephant show.
Uncle ni bajet berani..hihihi..

Sunday, February 20, 2011

Salam Perkenalan

Hai kawan-kawan, nama saya Aiman Aminuddin.  Saya tumpang blog mama untuk ceritakan tentang haiwan-haiwan kesayangan kami.  Kami juga nak kongsi tip cara menjaga haiwan-haiwan peliharaan seperti kucing tempatan, kucing Parsi, sugar glider @ tupai terbang dan ikan-ikan.

Saya ni pun bukan pandai sangat, tapi mama dah bela haiwan ni dari saya belum lahir lagi.. mungkin lepas dia berkahwin dengan babah.  Dia cerita, dia suka sangat pada kucing sejak dari dia kecik lagi.  Sampai tokwan marah sebab tak suka pada kucing yang suka kencing dan berak merata-rata.

Tapi bila dia bertemu jodoh dgn babah, her life has change..Hihihi, cos babah pun suka pets.  Jadi ke mana tumpahnya kuah kalau tak ke nasi.  Saya ni mengikut jejak langkah mama dan babah lah.  nak tahu tak satu rahsia... saya ni bercita-cita nak jadi doktor haiwan.... Doakan cita-cita aiman ni ya.  Bye..