Total Pageviews

Thursday, December 15, 2011

Pameran Misteri Sang Buaya di Muzium Putrajaya

Pada cuti sekolah ni Aiman asyik tercari-cari tempat yang menarik untuk dilawati semasa cuti sekolah.  Nak juga tengok pameran ke, ekspo ke selain teman mama pergi shopping aje.  Akhirnya babah cadang pergi ke Muzium Putrajaya. Kami tak pernah pergi pu walaupun dah selalu ke Putrajaya. Memandangkan ada pameran yang menarik kat situ "Misteri" tu.. jeng,jeng,jeng..mesti best punya.  Jom tengok foto-foto menarik kat situ.

 Di hadapan pintu muzium, kami berposing depan mulut buaya.

 Babah pun posing sama...
 Amar pun posing sama.
 Pameran haiwan Mamalia di tingkat bawah















Pameran buaya di tingkat satu









Kaki buaya untuk dibuat keychain.. ngerinya.
Dulu-dulu inilah duit matawang berupa buaya.. berat kan.
Sebenarnya banyak lagi foto-foto buaya ni.  Tapi dah tak larat nak export.  hehe..

Disebelah nya pula ada bilik tayang dan pameran serangga.  Cantik serangga-serangga tu ada yang tidak pernah kita lihat.




Wednesday, December 14, 2011

Yeeaay.. Aiman Dapat Pet Baru

Harini Aiman nak tunjukkan pet Aiman yang baru iaitu seekor ferret.  Ia sejenis haiwan yang diimport dari New Zealand. Seakan-akan musang tetapi lebih cerdik, senang dijaga dan sangat manja.  Aiman namakan dia Goldie sebab dia ferret albino dan bulunya seakan-akan emas.  Aiman beri makanan Ferret Pallette yang dijual di PetLover Centre kat Mines Shopping Centre.  Ferret ni betina tapi babah Aiman janji nak beli seekor lagi buat kawan Goldie yang jantan pula tapi nak beli warna Sable pula .(sable berwarna coklat kehitaman).  Kita tengok dulu foto first Aiman kat kedai pet di Ipoh.


 Abang kat kedai pet tu sangat peramah dan katanya," Cubalah bang. Dia tak gigit pun. Dah jinak."  Apalagi babah pun pegangle.. memang manja dan menjilat-jilat lagi tangan babah.


 Oohh dah berani naik kat tengkuk.. Geeellliiiii..

 Camana Aiman ..setuju ke?  (Aku apalagi .. Yeeaaayyy!!!!!" Tapi ada satu syarat, Aiman mesti kena rajin menjaga nya.  Ye lah Aiman dah ada empat ekor lagi  pets kat rumah nak kena jaga.  Tapi Aiman tak kisahhh.. Dapat le teman Aiman semasa Aiman boring bila semua orang kerja dan Aiman tinggal sorang-sorang kat rumah.. Babah pun bayar lah.. mahal jugak harga ferret nie 1K lebih kurang (sayang babah hihihi)

Sunday, April 24, 2011

Sugar glider saya yang sangat manja

Inilah sugar glider Aiman yang namanya Sour.  Ia jantan dah berusia setahun.  Tengoklah betapa manjanya dia.  Dulu masa babah baru beli, garang sangat dan kuat mengigit.  Nak tahu, sugar glider pun 'barking' macam anjing kalau ia dalam ketakutan.  Bunyinya kuat sangat sampai satu rumah boleh dengar, tak padan dengan saiz badannya. 
Sekarang kalau Aiman tak tegur ia sehari mesti barking suruh tegur dan main-main dengan ia. 

Sunday, March 27, 2011

My Male PersianCat- Fluffy





Ini lah Fluffy kucing kami yang paling manja dan nakal sekali.  Ia seekor kucing jantan yang sebaya dengan Smurfy berumur lebih kuran 5 1/2 bulan pada Mac nie.  Ia agak berbeza dengan Smurfy kerana ia adalah generasi ketiga dilahirkan oleh ibunya yang asal.  Oleh itu ia agak kecil sedikit dan bulunya agak kurang tebal. Manakala, Smurfy adalah generasi pertama yang dilakirkan oleh ibunya yang berasal dari Amerika sebab ayah beli dari Dr Rahim yang memang rajin mengimport kucing-kucing parsi baka luar negeri.  Kucingnya bermutu tinggi dan besar dari biasa.  Fluffy dan Smury di biarkan bermain di balcony rumah kami dan tidak berampur dengan kucing-kucing kami  yang lain.  Mereka sangat gembira tinggal di balcony seolah-olah ia tempat 'playground' untuk mereka.  Ayah menempatkan sebuah sangkar, dengan makanan, minuman dan 'toys' kegemaran mereka iaitu bola dan tikus olok-olok.  Mereka gemar makan Royal Canin nombor 36 untuk mendapatkan bulu dan kulit yang cantik dan sihat. Kucing tidak boleh diberikan sebarang jenama makanan kerana da kucing yang alah pada makanan yang mengandungi terlalu banyak garam, perasa atau warna.
    Pernah ada kucing mama yang diberikan jenama makanan.... berwarna-warni menyebabkan kucing kami sakit dan muntah-muntah.  Oleh itu eloklah diberi jenama yang agak mahal sedikit untuk kucing sihat dan gembira.  Kucing juga perlukan air bersih setiap masa sebab ia suka minum air, sama seperti manusia.  Mama tidak memberikan susu kepada kucing kami kerana susu mengandungi laktos yang menyebabkan kucing kami cirit-birit.  Ada susu yang dijual khas untuk kucing dan hanya diberikan kepada kucing bila dinasihatkan oleh doktor iaitu semasa kucing sakit dan tidak boleh makan biskutnya seperti biasa.
   Ok lain kali Aiman akan ceritakan bagaimana nak jaga kucing parsi supaya bulunya cantik berkilat dan tidak kusut. Bye..