Total Pageviews

Sunday, March 27, 2011

My Male PersianCat- Fluffy





Ini lah Fluffy kucing kami yang paling manja dan nakal sekali.  Ia seekor kucing jantan yang sebaya dengan Smurfy berumur lebih kuran 5 1/2 bulan pada Mac nie.  Ia agak berbeza dengan Smurfy kerana ia adalah generasi ketiga dilahirkan oleh ibunya yang asal.  Oleh itu ia agak kecil sedikit dan bulunya agak kurang tebal. Manakala, Smurfy adalah generasi pertama yang dilakirkan oleh ibunya yang berasal dari Amerika sebab ayah beli dari Dr Rahim yang memang rajin mengimport kucing-kucing parsi baka luar negeri.  Kucingnya bermutu tinggi dan besar dari biasa.  Fluffy dan Smury di biarkan bermain di balcony rumah kami dan tidak berampur dengan kucing-kucing kami  yang lain.  Mereka sangat gembira tinggal di balcony seolah-olah ia tempat 'playground' untuk mereka.  Ayah menempatkan sebuah sangkar, dengan makanan, minuman dan 'toys' kegemaran mereka iaitu bola dan tikus olok-olok.  Mereka gemar makan Royal Canin nombor 36 untuk mendapatkan bulu dan kulit yang cantik dan sihat. Kucing tidak boleh diberikan sebarang jenama makanan kerana da kucing yang alah pada makanan yang mengandungi terlalu banyak garam, perasa atau warna.
    Pernah ada kucing mama yang diberikan jenama makanan.... berwarna-warni menyebabkan kucing kami sakit dan muntah-muntah.  Oleh itu eloklah diberi jenama yang agak mahal sedikit untuk kucing sihat dan gembira.  Kucing juga perlukan air bersih setiap masa sebab ia suka minum air, sama seperti manusia.  Mama tidak memberikan susu kepada kucing kami kerana susu mengandungi laktos yang menyebabkan kucing kami cirit-birit.  Ada susu yang dijual khas untuk kucing dan hanya diberikan kepada kucing bila dinasihatkan oleh doktor iaitu semasa kucing sakit dan tidak boleh makan biskutnya seperti biasa.
   Ok lain kali Aiman akan ceritakan bagaimana nak jaga kucing parsi supaya bulunya cantik berkilat dan tidak kusut. Bye..

No comments:

Post a Comment