Total Pageviews

Wednesday, December 14, 2011

Yeeaay.. Aiman Dapat Pet Baru

Harini Aiman nak tunjukkan pet Aiman yang baru iaitu seekor ferret.  Ia sejenis haiwan yang diimport dari New Zealand. Seakan-akan musang tetapi lebih cerdik, senang dijaga dan sangat manja.  Aiman namakan dia Goldie sebab dia ferret albino dan bulunya seakan-akan emas.  Aiman beri makanan Ferret Pallette yang dijual di PetLover Centre kat Mines Shopping Centre.  Ferret ni betina tapi babah Aiman janji nak beli seekor lagi buat kawan Goldie yang jantan pula tapi nak beli warna Sable pula .(sable berwarna coklat kehitaman).  Kita tengok dulu foto first Aiman kat kedai pet di Ipoh.


 Abang kat kedai pet tu sangat peramah dan katanya," Cubalah bang. Dia tak gigit pun. Dah jinak."  Apalagi babah pun pegangle.. memang manja dan menjilat-jilat lagi tangan babah.


 Oohh dah berani naik kat tengkuk.. Geeellliiiii..

 Camana Aiman ..setuju ke?  (Aku apalagi .. Yeeaaayyy!!!!!" Tapi ada satu syarat, Aiman mesti kena rajin menjaga nya.  Ye lah Aiman dah ada empat ekor lagi  pets kat rumah nak kena jaga.  Tapi Aiman tak kisahhh.. Dapat le teman Aiman semasa Aiman boring bila semua orang kerja dan Aiman tinggal sorang-sorang kat rumah.. Babah pun bayar lah.. mahal jugak harga ferret nie 1K lebih kurang (sayang babah hihihi)

No comments:

Post a Comment